Monday, November 25, 2019

Trip ke Kluang Johor dan pendakian gunung lambak

Assalam .

Saya berpeluang untuk menghadiri program retreat anjuran jabatan saya baru2 ini di Kluang Johor pada  16-19 November 2019 . Ini bukan kali pertama ke kluang tapi dah agak lama lebih 15 tahun dulu. Terlalu banyak perubahan.

Banyak yang menarik dan boleh diterokai semasa di kluang. Tapi memandangkan saya ada jiwa hiking maka yang menarik perhatian saya ialah gunung yang setiap pagi saya lihat dari jendela hotel yang saya stay . Ini dia yang saya maksudkan... Gunung Lambak





So kesempatan yang ada saya dan rakan telah mengambil peluang untuk mendaki gunung lambak. Berdasarkan kepada gps lebih kurang jam 6.30 am. Saya nasihatkan jika ingin ke Gunung Lambak set location ke Gunung Lambak Resortuntuk mengelakkan tersilap laluan (kami terkena). Jaraknya Gunung Lambak dari bandar Kluang  lebih kurang 4-5 km bergantung hotel mana anda menginap. 










Di kaki gunung lambak lebih tepatnya Resort Gunung ramai orang yang bersenam khususnya kaum cina..








Ketinggian Gunung Lambak lebihkurang 510 M. Berdasarkan pengalaman pendaki yang ditemui semasa mendaki .. masa lebih kurang 1-2 jam diperlukan untuk ke puncak. Memandangkan terikat dengan tugasan rasmi, saya dan rakan telah mengambil keputusan untuk mendaki sekadar untuk pecahkan peluh atau melepas geram.. kami mendaki lebih kurang 100-150 meter.. jadik la



Laluan masih biasa dan tidak terlalu mencabar




Kluang juga menawarkan beberapa tarikan tempat menarik dan juga tempat makan.. ni yang famous dan mesti pergi dan try..









Sekian

Saturday, January 12, 2019

MENDAKI BUKIT MOK CUN (BMC) @ KODIANG KEDAH

Assalamualaikum .

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki bukit yang sangat viral di kedah iaitu Bukit Mok Cun. Mana datang nama bukit ni tak pasti pulak. Tapi ada yang kata sebab dipopularkan oleh cerita mok cun di TV3 tu.. Mok cun kan asal kodiang kedah . Shooting berlatar belakang bukit ni .


Pendakian ini unplan. Saya bersama anak sulung dan rakan bernama  fahmi yang sering menakluki BMC memulakan pendakian jam 8 pagi.




Untuk makluman kepada anda yang tidak pasti dimana lokasi BMC . Bukit ini terletak di kodiang kedah. Berhampiran dengan gua kerbau. Lokasinya mudah utk ditemui kerana BMC ini terletak di tepi jalan utama yg menghubungkan Kedah dan Perlis. Jarak dari bandar Jitra hanyalah 19 km melalui pekan Tunjang dan Padang Sera. Selepas simpang empat Padang Sera teruskan pemanduan hingga bertemu stesen minyak caltex. BMC sudah boleh dilihat dari stesen minyak ini . Teruskan pemanduan lebih kurang 1 km ke kampung kodiang lama. Rujuk gambar .

Pandangan dari stesen minyak caltex



Dari jalan utama anda perlu melalui jalan kecil ( orang kedah panggil ban mini) sejauh  0.5 km  melalui bendang dan kampung . Tak perlu risau tempat letak kenderaan disediakan yg dikenakan bayaran . Datang awal klu nak free . Tidak digalakkan parking di  tepi jalan . Bahaya takut digesel oleh mesin padi.



BMC juga agak mencabar bagi orang yang gayat seperti saya. Laluan berbatu yang tajam dan curam sudah pasti akan menjadi igauan kpd pendaki baru. Sy nasihat bawa sarung tangan utk mengurangkan risiko kecederaan pada tangan .





Subahannallah







Secara ringkasnya pendakian BMC walaupun ketinggian hanya 140 meter tetapi tahap kesukarannya tetap tinggi. Terdapat dua point dimana anda perlu mendaki menggunakan tali pada ketinggian lebih kurang 10 meter . Di setiap point tersebut pendaki biasa akan mengambil peluang utk merakamkan detik kenangan . Kepuasan sebenar yang dicari oleh para pendaki...


Biasanya pendakian ke puncak mengambil masa 20-30 minit. Namun sekiranya pendaki ramai pada satu-satu masa pendakian mungkin mengambil masa lebih sejam kerana trafic jam di kedua-dua point tadi .



Bilakah masa yang sesuai untuk mendaki? Boleh pada bila-bila masa sahaja . Tapi saya syorkan pada bulan januari dan jun iaitu semasa padi sedang mengguning.



Sekiranya pendakian ke puncak mencabar.. menuruni BMC juga bukanlah mudah .  Kekal fokus dan senantiasa pastikan keselamatan .

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


11.1.2019









Friday, December 28, 2018

PENDAKIAN KE GUNUNG PULAI BALING KEDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki gunung Pulai di Baling Kedah.

Seperti biasa saya juga akan berkongsi beberapa tips utk  memudahkan rakan-rakan pendaki.

Saya dan 2 orang sahabat bertolak dari Jitra jam 10 malam pada 27.12 2018 menuju ke pekan Kupang Baling. Sampai lebih-kurang 12.00 malam dan menumpang tidur di rumah keluarga salah seorang sahabat saya itu.

Tepat jam 5 pagi kami bangun pagi dan mandi di kolah (nak bagitau lama dah tak mandi kolah) terus ke masjid berdekatan utk solat subuh. Selepas solat kami bertolak ke sebuah kedai mamak di batu 42 untuk bersarapan . Sambil menantikan seorang rakan kami yg juga bertindak sebagai guide bernama ustaz hafizan . Seorang yang berpengalaman luas dan gemar dalam aktiviti hiking dan traveling. (Tq bro, bantuan yg diberikan amat bermakna termasuk sebelum, semasa dan selepas mendaki).



Selepas bersarapan (org kedah kata menyorok) kami bergerak ke kaki gunung pulai. Sememangnya tempat permulaan pendakian agak sukar utk dikenalpasti bagi orang luar. Tiada signboard utk menunjukkan arah. Dari simpang jalan besar pulai ke baling, perlu memasuki kampung melalui jalan sempit lebih-kurang 500 meter. Yang terbaik ialah tanya orang kampung di situ supaya tidak tersasar.


Alhamdulillah kami sampai di kaki gunung pulai tepat jam 7.30 pagi. Setelah mendapat briefing dari ustaz hafizah kami memulakan pendakian tepat jam 7.45 pagi. Pendakian bermula dengan melalui jambatan gantung . Seterusnya melalui pagar buluh utk memasuki kebun yang di dalamnya ada kubur lama. Agak scary kan.








 * tips: pastikan anda melalui pagar buluh ini, jika tidak pasti tersasar.

Laluan pendakian amat mencabar. Bermula dari bawah sampai ke atas laluan pendakian hampir 100 peratus berbatu-batu . Pandangan sy gunung pulai lebih mencabar dari gunung baling yang berdekatan . So not adviceable to beginner. Namun laluan agak clear dan bertanda tidak perlu risau. Cuma masih perlu berhati-hati dan sentiasa melihat tanda-tanda yang ditinggalkan oleh pendaki terdahulu.





Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang indah. kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan. Terasa hilang letih melihat keindahan ciptaan Allah .









*Tips: memandangkan gunung ini tidak se popular gunung baling dan tidak di komersial lagi pada masa ni so saya sarankan bawa petunjuk arah dan ikat pada laluan bagi kemudahan pendaki seterusnya. Ini boleh dianggap community service. In shaa Allah diberikan ganjaran pahala.

* Tips: pastikan memakai pakaian yang sesuai khasnya kasut . Glove atau sarung tangan juga sangat berguna . Kecederaan  boleh berlaku jika tidak mengambil berat perkara ini.

* Tips: bawa air yang mencukupi . Sy bawa 2 liter pun tak cukup. Bagi yang bawa botol air dan pembungkus makanan pastikan jangan buang merata . Bungkus dan bawa balik. Jagalah Kebersihan dan keindahan alam kita .

Alhamdulillah kami sampai di puncak gunung pulai tepat jam 10 pagi. Lebih-kurang 2 jam perjalanan. Kegembiraan dan kepuasan terpancar di muka kami semua .  Pemandangan subahannallah indah . Tapi dah agak panas . Mungkin lebih indah jika awal pagi.  Setelah puas menikmati keindahan alam ciptaan Allah, bergambar dan berehat secukupnya kami memutuskan memulakan perjalanan turun.













Setelah lebih 30 minit berehat kami memulakan perjalanan turun . Seperti biasa perjalanan ini yang saya tidak sukai dan mengambil masa hampir sejam setengah.

*Tips: Perjalanan turun adalah lebih mencabar. Perlu lebih berhati-hati. Tidak perlu terburu-buru. Keletihan kaki sememangnya cabaran utama. Teruskan perlahan-lahan dan nikmati perjalanan . Biasa pada masa ini sudah tak bernafsu utk bergambar. ..hehe

Kami tiba di kaki gunung lebih kurang jam 12.30. Seterusnya kami mengambil peluang utk berhenti mandi sungai. Mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ... airnya sejuk menyegarkan kembali badan yang letih utk seketika.



Kenangan dan pengalaman ini akan sentiasa menjadi memori yang diingati selamanya.

Sekian perkongsian.

Iskandar Jassa
28.12.2018




Trip ke Kluang Johor dan pendakian gunung lambak

Assalam . Saya berpeluang untuk menghadiri program retreat anjuran jabatan saya baru2 ini di Kluang Johor pada    16-19 November 2019  . I...