Asslamuaalaikum..
Pada 30 Jun 2012 - bermula langkah di Timpohon Gate iaitu tempat permulaan bagi pendakian ke Gunung Kinabalu. Untuk makluman selain Timpohon pada masa ini terdapat satu lagi pilihan untuk permulaan pendakian yang dikenali sebagai Mesilau.
Team KU DAKI LAGI 2012 |
Mendengar Taklimat sebelum pendakian |
Seperkara lagi ialah persiapan pakaian. Bagi pendakian ke Laban Rata, pakaian sukan sudah memadai. Kasut yang mempunyai tapak yang keras. Selipar pun tak de masalah. Mengenai makanan, tak perlu risau sangat sebab bekalan makan di Laban Rata mencukupi. Oleh kerana pendakian gunung kinabalu ini telah dikomersialkan atau pakej 3 hari 2 malam, maka jangan risau mengenai makanan. Pihak Taman2 Sabah menyediakan 2 Lunch, 2 Dinner, 2 Breakfast dan 1 Suffer. Tapi yang gatal nak bawa maggi tu terpulangla. Bagaimanapun makanan penambah tenaga seperti coklat, power bar, biskut dan sebagainya adalah penting sepanjang perjalanan. Bagi saya kurma adalah pilihan dan ianya sangat berkesan. Air adalah satu elemen penting dalam perjalanan jauh. kekurangan air akan menjadikan diri lemah dan tidak bermaya. So pastikan air minum mencukupi. Bagi perjalanan ke Laban Rata 2 Liter air sudah mencukupi.
Sepanjang perjalananan ke Laban Rata, terdapat 6 buah pondok (hut) untuk setiap pendaki berehat sekiranya keletihan. Terdapat kemudahaan tandas dan air tidak terawat. Kadang2 kemudahaanya tidak terurus.. biasalah. Walaupun begitu, dinasihatkan agar pendaki tidak terlalu kerap berhenti kecuali perlu. Tip pendakian yang saya pelajari ialah slow and steady..langkah yang maintain. Ini mengelakkan pendaki dari mengalami kekejaangan ataupun demoralize. Biasalah enjin yang sudah berhenti kalau nak bergerak semula pasti sukar sikit.
Di samping tu nikmati perjalanan dengan menghayati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Kalau boleh pastikan anda mempunyai sekurang2 kurangnya seorang teman untuk berbual. Kalau perlu tegur semua pendaki yang berselisih semasa pendakian. Boleh buat kawan... seronok sebab jumpa ramai orang dan juga pelancong dari luar negara. Ada Jepun,Korea, Australia, Jerman, Briton, Austria, China, Singapore, Brunei dll. Kagum juga dengan porter-porter yang asyik turun naik bawa barang-barang ke laban rata.
Secara keseluruhannya saya mengambil masa 4 jam setengah untuk sampai ke Laban Rata.. satu tempoh yang saya sendiri tidak percaya. Saya jangkakan akan sampai jam 4 petang. Di kalangan 15 ahli rombongan saya menjadi orang ke-3 berjaya sampai. Ahli rombangan yang pertama sampai mengambil masa kurang 4 jam. Hebat betul bro tu..
Di Laban Rata ada beberapa rumah penginapan iaitu LABAN RATA, GUNTING LAGADAN, WARAS DAN PANAR. Semuanya jenis dorm so jangan fikirkan keselesaan. Tapi kalu dah letih tidur lena jak..Di sini pendaki akan berehat sebelum memulakan pendakian fasa ke dua puncak pada jam 2.30 pagi keesokkan harinya. Sebenarnya bagi yang sudah biasa mendaki dan biasa dengan keadaan di tempat tinggi boleh terus mendaki ke puncak sebab jarak ke puncak tinggal 2.7 km je. tapi bagi first time climber seperti saya, peluang bermalam ini digunakan untuk menyesuaikan diri dengan altitute mountain. Ini kerana pada tahap ini ada pendaki yang akan mengalami altitute mountain sickness. Oksigen juga semakin menipis di sini. So kena bernapas dengan lebih teratur. Suhu juga semakin sejuk khususnya pada waktu malam yang boleh jatuh bawah 5 darjah.
1 Julai 2012 @ Jam 2.30 pagi - bermula perjalanan fasa ke dua ke summit. Pendakian tidak terlalu mencabar tetapi masih meletihkan kerana pendakian yang diselubungi kesejukan. Semasa pendakian suhu adalah diantara 2-3 darjah celsius.
Akhirnya kepuasan yang paling tidak dapat dibayangkan ialah setelah berjaya mencapai puncak. Setelah pelbagai dugaan yang dhadapi memegang signboard low's peak adalah penawarnya.
Cabaran seterusnya ialah perlu mengharungi perjalanan lebih 9 km turun semula ke Headquaters. Perjalanan ini walaupun kurang meletihkan tetapi pada fasa ini pendaki perlu berhati-hati kerana kecederaan khususnya kaki biasanya berlaku. So sekali lagi slow and steady jangan terburu-buru. Pada masa ini nikmati perjalanan dan boleh tangkap gambar sepuas-puasnya...
Alhamdulillah.. semua ini akan menjadi kenangan terindah dalam hidupku. Harap coretan ini boleh membantu sesiapa yang ingin mendaki gunung kinabalu pada masa depan.