Sunday, December 11, 2016

Bercuti dengan memandu sendiri kereta ke Thailand

Sedikit perkongsian berkaitan memandu sendiri kereta ke thailand. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri saya. Sememangnya sudah lama saya ingin memandu sendiri ke siam, tapi risau dan tidak tau bagaimana proses dan prosedur. Baru-baru ni saya gamble dan nekad untuk bawa famili ke siam untuk bercuti di hatyai dan memandu sendiri melalui bukit kayu hitam. Bagi yang ingin mencuba berikut saya sertakan tips ringkas.

1. Pastikan dokumen perjalanan sama ada pasport/border pass masih belum tamat tempoh. Passport sekarang rm 200 utk 5 tahun. Border pass pulak rm 10 utk seorang. Kanak-kanak bawa 12 tahun boleh join dgn ibu atau bapa. Nak lebih jelas pi jabatan Imigresen utk keterangan lanjut sebab kadang-kadang polisi bertukar.

2. Pastikan kenderaan anda dilindungi insuran Siam. Insuran boleh beli kat napoh atau Changlun. Paling senang dekat Jo cendol pulut, napoh. Harga insuran rm 15 utk kereta 5 penumpang dan rm 21 utk kereta 7 penumpang untuk 9 hari. Klu nak lebih lama ada jugak tapi harga lain la. Lepas tu bayar rm 6 utk borang tm 2 dan tm 3 untuk 2 salinan. Borang ni boleh dapat free je kat border Siam tapi klu malas nak isi bayar je kat kedai yg buat insuran. Tm 6 atau arrival card pun depa boleh tolong isi tapi kena bayar rm 2 utk satu borang. Tm 6 ni memang kena isi klu kita nak masuk negara orang. Tm 2 & 3 tu hanya klu nak bawa kereta sendiri je. Insuran tu boleh dapat dalam 10 minit je. Tapi pastikan senarai nama org yg akan pergi ada. Klu boleh bawa passport atau border pass supaya nama semua betul dan geran kereta original atau salinan.

3. Pada hari perjalanan, pastikan semua dokumen perjalanan dibawa bersama. Memandangkan saya masuk ikut bukit kayu hitam, maka pengalaman saya mungkin berbeza dengan pintu masuk yang lain. Utk rekod border bukit kayu hitam sangat sibuk terutama pada hari cuti sekolah. Tak pasti pukul berapa yang lengang sikit tapi rasanya pagi ke petang ke hampir sama je. Klu bukan cuti sekolah mungkin kurang sikit kot. Sy hari tu hampir 2 jam baru lepas border Siam.

4. Apabila melalui Imigresen Malaysia, hulurkan semua pasport utk dicop. Tak perlu turun kereta. Kemudian terus memandu ke border Siam. Sebelum sampai border cari tempat parking kereta. Kemudian semua penumpang turun. Bawa semua dokumen yg telah disediakan. Klu tak isi lagi borang tm 2, 3 & 6, boleh dapatkan di pejabat Imigresen atau kastam di border. Org Thailand ni cakap English fail sikit tapi boleh la asal faham. Tapi banyak jugak yang boleh cakap Melayu. Yang paling penting jangan malu bertanya.

5. Lepas tu beratur la ikut mana-mana barisan. Klu hari cuti rasanya ada 3 kaunter imigresen yg buka. Hari cuti sekolah memang queue panjang. Ingat pastikan passport dan borang tm 6 ready utk setiap orang. Jangan terkejut sebab imigresen Siam kena bagi rasuah. Kena selit rm 2 dalam setiap pasport. Dulu rm 1, tahun 2013. Tapi sekarang katanya sebab duit Malaysia jatuh depa mintak rm 2. Klu tak buh pun takpa kot. Tapi depa minta jugak so nak elak masalah bagi je la. Di kaunter imigresen ni driver kena bagi borang tm 2 & tm 3, dua salinan kepada pegawai imigresen tu. Satu salinan dia ambik dan satu lagi dia cop dan bagi balik kat kita.

6. Lepas selesai dengan Imigresen, pemandu atau owner kereta (nama atas geran) atau klu owner tapi ikut kena ada surat kebenaran owner, pergi ke kaunter kastam, biasanya sebelah Imigresen je. Beratur dan kemudian bagi borang tm 2 & 3 serta geran kereta. Lepas tu pegawai kastam akan bagi satu borang yang printed. Simpan borang tu untuk bagi balik kat depa masa balik nanti.

7. Selesai semua urusan ni.. boleh pi ambil kereta dan drive la ke seluruh Thailand.

8. Bagi urusan perjalanan balik pulak, drive terus ke kaunter imigresen Siam. Kaunter sekarang dah cantik. Drive sampai depan kaunter. Semua penumpang turun. Cop passport dan kembalikan borang tm 6.

9. Kemudian ke kaunter kastam di sebelah kaunter imigresen ja. Pulangkan borang yang diberikan masa masuk hari tu. Lepas tu boleh drive balik Malaysia. Sampai border Malaysia cop passport kat Imigresen Malaysia dan selesai.....

Harap coretan ringkas ni membantu. Mohon maaf klu timbul kesulitan jika mengikut pengalaman saya ni.. sebab saya first time jugak. Saya juga akan cuba kongsi beberapa pengalaman semasa bercuti di hat Yai.. di kesempatan yang lain.

Selamat mencuba.




Trip ke Kluang Johor dan pendakian gunung lambak

Assalam . Saya berpeluang untuk menghadiri program retreat anjuran jabatan saya baru2 ini di Kluang Johor pada    16-19 November 2019  . I...