Saturday, January 12, 2019

MENDAKI BUKIT MOK CUN (BMC) @ KODIANG KEDAH

Assalamualaikum .

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki bukit yang sangat viral di kedah iaitu Bukit Mok Cun. Mana datang nama bukit ni tak pasti pulak. Tapi ada yang kata sebab dipopularkan oleh cerita mok cun di TV3 tu.. Mok cun kan asal kodiang kedah . Shooting berlatar belakang bukit ni .


Pendakian ini unplan. Saya bersama anak sulung dan rakan bernama  fahmi yang sering menakluki BMC memulakan pendakian jam 8 pagi.




Untuk makluman kepada anda yang tidak pasti dimana lokasi BMC . Bukit ini terletak di kodiang kedah. Berhampiran dengan gua kerbau. Lokasinya mudah utk ditemui kerana BMC ini terletak di tepi jalan utama yg menghubungkan Kedah dan Perlis. Jarak dari bandar Jitra hanyalah 19 km melalui pekan Tunjang dan Padang Sera. Selepas simpang empat Padang Sera teruskan pemanduan hingga bertemu stesen minyak caltex. BMC sudah boleh dilihat dari stesen minyak ini . Teruskan pemanduan lebih kurang 1 km ke kampung kodiang lama. Rujuk gambar .

Pandangan dari stesen minyak caltex



Dari jalan utama anda perlu melalui jalan kecil ( orang kedah panggil ban mini) sejauh  0.5 km  melalui bendang dan kampung . Tak perlu risau tempat letak kenderaan disediakan yg dikenakan bayaran . Datang awal klu nak free . Tidak digalakkan parking di  tepi jalan . Bahaya takut digesel oleh mesin padi.



BMC juga agak mencabar bagi orang yang gayat seperti saya. Laluan berbatu yang tajam dan curam sudah pasti akan menjadi igauan kpd pendaki baru. Sy nasihat bawa sarung tangan utk mengurangkan risiko kecederaan pada tangan .





Subahannallah







Secara ringkasnya pendakian BMC walaupun ketinggian hanya 140 meter tetapi tahap kesukarannya tetap tinggi. Terdapat dua point dimana anda perlu mendaki menggunakan tali pada ketinggian lebih kurang 10 meter . Di setiap point tersebut pendaki biasa akan mengambil peluang utk merakamkan detik kenangan . Kepuasan sebenar yang dicari oleh para pendaki...


Biasanya pendakian ke puncak mengambil masa 20-30 minit. Namun sekiranya pendaki ramai pada satu-satu masa pendakian mungkin mengambil masa lebih sejam kerana trafic jam di kedua-dua point tadi .



Bilakah masa yang sesuai untuk mendaki? Boleh pada bila-bila masa sahaja . Tapi saya syorkan pada bulan januari dan jun iaitu semasa padi sedang mengguning.



Sekiranya pendakian ke puncak mencabar.. menuruni BMC juga bukanlah mudah .  Kekal fokus dan senantiasa pastikan keselamatan .

Semoga perkongsian ini bermanfaat.


11.1.2019









Trip ke Kluang Johor dan pendakian gunung lambak

Assalam . Saya berpeluang untuk menghadiri program retreat anjuran jabatan saya baru2 ini di Kluang Johor pada    16-19 November 2019  . I...