Semalam saya menghadiri majlis sambutan maulidur rasul yang dianjurkan oleh AJK Surau Taman Perumahan ku.. Sungguh sayu apa bila mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan pada malam itu, ustaz. Mohd Radhi. Antara butiran ceramahnya ialah, biasanya kita bangga mengakui bahawa kita adalah umat nabi muhamad s.a.w. Tapi adakah kita pernah bertanya adakah Nabi s.a.w berbangga mempunyai umat seperti kita. Adakah baginda akan mengakui kita sebagai umatnya. Soalan berikutnya adakah kita ini benar-benar telah memenuhi semua ajaran nabi s.a.w sehinggakan membolehkan baginda mengiktiraf kita sebagai umatnya. Tiga perkara yang perlu kita lakukan/amalkan agar diri kita boleh menjadi insan yang dianggap sebagai umat nabi s.a.w iaitu;
Pertama : Mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan nabi s.a.w.
Kedua : Menyayangi sahabat2 rasulullah s.a.w
Ketiga; Menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup
Nescaya kita akan boleh berbangga bahawa akulah umat nabi Muhamad s.a.w..amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Trip ke Kluang Johor dan pendakian gunung lambak
Assalam . Saya berpeluang untuk menghadiri program retreat anjuran jabatan saya baru2 ini di Kluang Johor pada 16-19 November 2019 . I...
-
Assalamuaikum dan Salam Sejahtera, Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kali ini saya ingin mencatatkan pengalaman mendaki Gunung J...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera .. kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki gunung Pulai di Baling Kedah. Seperti biasa saya j...
-
Assalam dan selamat sejahtera.. Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mendaki Gunung Keriang. Gunung setinggi 217 meter ini adala...
No comments:
Post a Comment